INFORMASI

Carta Organisasi





Bahagian Kesihatan Awam
Tibi / Kusta
Dr. Iskandar b. IbrahimKetua Penolong Pengarah (Tibi/Kusta) UD54
Tibi / Kusta
Dr. Ahmad Hafiz bin MohamadPegawai Perubatan UD44
Tibi / Kusta

Encik Norazizi bin YusoffPenolong Pegawai Perubatan U41
Tibi / Kusta

Encik Abdul Raof bin Mohd Shamsuddin @ MohamedPen. Pegawai Kesihatan Persekitaran U36
Tibi / Kusta
abdraof@moh.gov.my09-5707912
Puan Norma binti IbrahimJururawat U32
Tibi / Kusta




Encik Mohd Redduan bin TaibJuruteknologi Makmal Perubatan U32
Tibi / Kusta
Puan Siti Zawiyah binti WahabPembantu Tadbir (P/O) N17
Tibi / Kusta
zawiyah@moh.gov.my09-5707905




 PENGENALAN

Statistik dari KKM menunjukkan Pahang menduduki tempat ke 9 dari segi bilangan kes Tibi dikesan di Malaysia pada penghujung tahun 2008. Bagi  negeri Pahang, Tibi merupakan penyakit berjangkit yang ke 3 tertinggi dilaporkan selepas Keracunan Makanan dan Denggi.  Sehingga 31 Disember 2008 , sebanyak  779 kes Tibi baru dikesan  (Kadar Insiden 51.5/100,000) dengan 99 kematian berbanding dengan 730 kes (Kadar Insiden 49.2/100,000) dengan 118 kematian pada tahun 2007 di negeri Pahang. Ini menunjukkan peningkatan kes Tibi sebanyak 6.3% dan penurunan kes kematian sebanyak 16.1% . Tiada sebarang lokaliti wabak atau kejadian luar biasa bagi kes Tibi pada tahun 2008. Kuantan menyumbang sebanyak 33.6% (262 kes) dari keseluruhan kes Tibi yang dilaporkan, diikuti olehTemerloh  sebanyak 10.3% (80 kes) dan Bentong  sebanyak 8.5% (66 kes).

Sebanyak 45.7% dari jumlah kes yang dilaporkan adalah di kalangan dewasa dalam lingkungan umur 25 - 44 tahun . 74.5% pesakit Tibi  adalah di kalangan kaum lelaki. Bagi faktor perubatan, seramai 129 (16.6%) daripada pesakit Tibi didapati HIV positif dan 119 (15.3%)adalah pesakit Diabetes. Sejumlah 4545 pelatih pusat serenti/ penjara telah disaring Tibi dan 50 orang (1.1%) disahkan mengidap Tibi pada tahun 2008.

Pada tahun 2008, kes Tibi sputum positif yang disasarkan bagi negeri Pahang adalah sebanyak 530 kes. Sehingga 31 Disember 2008, hanya 420 kes Tibi sputum positif yang berjaya dikesan dengan kadar pengesanan kes (Case Detection Rate) sebanyak 55.5%. Walaubagaimanapun kadar ini meningkat  berbanding dengan 46.0% pada tahun 2007, atas hasil usaha kakitangan kesihatan yang berkerja keras dalam menjalankan saringan Tibi di komuniti khasnya di kalangan yang berisiko tinggi.


 OBJEKTIF, MISI, VISI

OBJEKTIF/FUNGSI UMUM

Mengurangkan transmisi Tibi di komuniti dengan meleraikan rantaian transmisi penyakit tersebut.

OBJEKTIF/FUNGSI KHUSUS

 1.   Melindungi 100% di kalangan populasi yang terdedah kepada jangkitan Tibi (terutama golongan kanak-kanak) melalui imunisasi BCG primer.
2.   Menukarkan sekurang-kurangnya 85% jenis Tibi berjangkit kepada jenis bukan berjangkit melalui rawatan yg berkesan &  segera(Sputum Conversion Rate).
3.   Memastikan 85% kadar sembuh (Cure Rate) di kalangan kes baru sputum positif yang dikesan.
4.   Mengesan sekurang-kurangnya 70% kes sputum positif (Case Detection Rate).
5.   Memastikan 100% kes sputum positif di bawah DOT (Directly Observed Treatment ).

MISI

Untuk mencipta satu komuniti di negeri Pahang yang progresif dan bebas Tibi dan kusta berdasarkan kepada prinsip -prinsip kesihatan awam dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.


VISI

Untuk menjadikan Pahang sebagai negeri yang mempunyai individu, keluarga dan komuniti yang sihat dengan menitikberatkan kualiti dan menghormati maruah kemanusiaan yang mana semua ini akan menggalakkan individu dan komuniti tersebut agar lebih prihatin dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih berkualiti.

PERKHIDMATAN /SERVIS YANG DISEDIAKAN

1. Notifikasi dan laporan kes Tibi
Berdasarkan sumber notifikasi dari e-notis dan input dari MyTB, data-data Kes baru Tibi semua jenis dan Kes Baru Tibi Kahak positif dapat dianalisa dan laporan dapat dikeluarkan secara harian, mingguan atau bulanan. Aktiviti kawalan akan dijalankan dalam tempoh selewat-lewatnya 1 minggu dari tarikh notifikasi. Laporan tibi adalah berdasarkan kepada format TBIS yang telah dimulakan sejak 2003.

2. Pengesanan kes Tibi 
Semua kes yang disahkan Tibi samaada TB Berjangkit atau Tidak Berjangkit, perlu disiasat oleh PPKP Daerah. Setiap daerah perlu mengesan sejumlah kes yang telah disasarkan setiap tahun mengikut formula dari WHO iaitu Kadar Pengesanan Kes , adalah 50 kes tibi baru smear +ve bagi setiap 100,000 penduduk.  Jenis Pengesanan adalah secara Aktif (melalui pengesanan kontak), Pasif (pesakit datang sendiri ) atau Saringan.
  
3. Pemantauan Hasil Rawatan Tibi
Pemantauan hasil rawatan adalah lebih tertumpu kepada kes Tibi smear positif mengikut kohort tahun sebelumnya. 8 kriteria yang dipantau adalah Kadar Sembuh, Sempurna Rawatan, Bertukar Diagnosa, Pindah Keluar/Hilang, Mati, Gagal Rawatan dan Masih dalam Rawatan. Manakala terdapat 11 indikator WHO berkaitan Tibi yang perlu dipantau setiap bulan termasuklah Kadar Kejadian Tibi (Incidendence Rate) yang juga merupakan KPI Ketua Pengarah Kesihatan.

4. Program BCG
Sasarannya adalah 95% parut bagi pemberian BCG primer dan 99.5% kelahiran hidup mesti diberikan suntikan BCG bagi bayi baru lahir. Pemantauan Liputan 'Primary Vaccination of BCG mengikut pusat suntikan dijalankan setiap 3 bulan.

5. Perkhidmatan Makmal
Menaiktarafkan PR 2 kpd  PR 1 dengan melengkapkan kemudahan diagnosa Tibi terutama mikroskopi. Semua JTMP mampu menjalankan ujian sapuan kahak yang betul dan bermutu. Keselamatan makmal di klinik kesihatan dan hospital juga sentiasa dipantau.

6. Program Tibi di Penjara, Pusat Serenti dan Depo tahanan
Klinik Kesihatan berhampiran perlu membuat pemantauan di institusi tersebut sekurang-kurangnya setiap 2 minggu.

7. Program bersama MAPTB (PAPTB) , MALRA, RAKAN HASRAT dan lain-lain agensi
Penglibatan dari sukarelawan  dan komuniti memang diperlukan terutama dalam penyeliaan DOT dan pendidikan kesihatan.

8. Lain-lain program/ aktiviti
a. Menganjurkan Sambutan Hari Kusta dan Hari Tibi setiap tahun di samping menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan
b. Menganjurkan Latihan /modal insan untuk semua warga kerja JKN Pahang yang terlibat secara langsung dalam menguruskan kes Tibi di Klinik Kesihatan dan hospital.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan